Calon BN Semambu Dakwa Hadir Ceramah "Bukan Bermakna" Beri Sokongan kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Masyarakat Cina di negara ini mempunyai keunikan tersendiri apabila mereka akan hadir ke ceramah-ceramah yang dianjurkan gabungan pembangkang PKR ataupun Barisan Nasional (BN) dalam tempoh kem­pen Pilihan Raya Umum 
Ke-14 (PRU-14).

Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Quek Tai Seong memberitahu, tujuan masyarakat Cina memberi sambutan terhadap ceramah adalah untuk mendengar daripada mulut pemimpin sendiri janji-janji parti yang menganjurkan sesuatu perhimpunan.

Bagaimanapun, katanya, bilangan kaum itu yang ramai tidak boleh dijadikan indikator sokongan kepada mana-mana parti pada PRU-14.

“Orang Cina kalau ada perhimpunan terutama DAP, mereka akan hadir tetapi tidak semestinya memberi undi kepada mereka. Ini satu keunikan orang Cina, mereka hendak mendengar kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengulas lanjut, Tai Seong memberikan contoh beberapa siri ceramah DAP terutama semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2016 membuktikan teorinya terpakai.

Beliau menjelaskan, DAP tidak mencatat kemenang­an besar pada PRN ter­sebut walaupun jelas setiap ce­ramah dihadiri ribuan kaum Cina pada waktu berkenaan. #sumber


Subscribe to receive free email updates: