"Sayu" Di Majlis Tahlil Dan Solat Hajat Sempena Sambutan Hari UMNO Ke-72 kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Suasana sayu menyelubungi seluruh jemaah dalam majlis solat hajat dan tahlil UMNO bersempena Sambutan Hari UMNO ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Majlis yang dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi parti itu bermula dengan solat maghrib diikuti bacaan Yaasin, tahlil serta solat Isyak secara berjemaah.

Dalam majlis itu juga, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut menyampaikan tazkirah ringkas berkisarkan sejarah perjuangan UMNO yang perlu dikenang dan terus diperjuangkan.

Suasana hiba makin terasa apabila orang ramai berpusu-pusu bersalaman dan memeluk erat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. #sumber

Subscribe to receive free email updates: