Lelaki lemas jatuh dalam lubuk kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
HULU SELANGOR: Seorang pemuda lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk ketika mandi manda di Air Terjun Lata Sungai Kedondong, Batang Kali, Kuala Kubu Bharu, di sini.
 
Mangsa, Muhammad Akmal Jamal, 26, dikatakan tergelincir ke dalam lubuk air terjun berkenaan sebelum tenggelam, kira-kira jam 3 petang.
 
Tiga rakannya cuba membantu tetapi gagal kerana air dalam lubuk berkenaan agak dalam menyebabkan ada di antara mereka turut hampir lemas sebelum meminta bantuan bomba.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan, berkata pihaknya menerima makluman pada jam 3.38 petang menghantar 10 pegawai dan anggota diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Rosdi Shafie ke lokasi.
 
"Operasi mencari dimulakan pada jam 4.3o petang di sekitar kawasan air terjun terbabit terlebih dulu sebelum anggota kita membuat penyelaman di dasar lubuk
 
"Usaha kita kemudian dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Bomba dan Penyelamat Selangor serta PPDA Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM)," katanya dalam satu kenyataan.
 
Beliau memberitahu operasi mencari turut dibantu pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta orang awam.
 
Katanya, pencarian berdepan dengan kesukaran kerana arus yang agak deras dengan kedalaman lubuk lebih tiga meter.
 
"Selepas hampir dua jam pencarian, dua anggota bomba kita berjaya mengesan kedudukan mangsa yang berada di dasar lubuk air terjun.
 
"Mangsa berjaya dibawa naik pada jam 6.25 petang dan disahkan sudah meninggal dunia. Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
 
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Pokok Sena, Kedah pergi ke air terjun bersama tiga lagi rakan bertolak dari Subang Jaya dan sampai ke air terjun berkenaan kira-kira jam 2 petang.
 
 

Subscribe to receive free email updates: