Seleweng dana RM180 juta: Bekas timbalan setiausaha kementerian direman kabarmalay3.blogspot.com

 
Wanita itu antara 3 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.


tahan-wanita-sprm-macc


PUTRAJAYA: Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian hari ini direman 6 hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana hampir RM180 juta berkaitan projek di Sabah.

Majistret Aida Khairuleen Azli mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman wanita berusia 40 tahun itu bermula hari ini sehingga 11 Oktober.

Wanita berkenaan ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8.15 malam tadi dan dibawa ke mahkamah pada 9.30 pagi ini.
 Wanita itu antara 3 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan, naib presiden sebuah parti di Sabah, yang juga ahli perniagaan. Beliau ditahan di pejabat SPRM Negeri Sabah ketika hadir memberi keterangan pada 6.40 petang semalam.

Seorang lagi ialah ahli perniagaan berusia 52 tahun yang ditahan di pejabat SPRM Sabah pada pukul 8.45 malam tadi bagi membantu siasatan.

Semalam, SPRM menyita RM29 juta lagi dalam siasatan terbaru mengenai penyelewengan dana berkaitan projek di Sabah.

Pada 4 Oktober lalu, lebih RM150 juta wang tunai dirampas dalam operasi yang dijalankan pegawai penyiasat di 15 buah lokasi negeri itu.

Subscribe to receive free email updates: