RM12.3 juta bina sekolah rendah agama baru di Denai Alam kabarmalay3.blogspot.com


OLEH ERMIZI MUHAMAD

BUKIT SUBANG: RM12.3 juta diperuntuk bagi pembukaan Sekolah Rendah Agama di Denai Alam, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau mengumumkan, RM5 juta juga juga turut disumbang Kerajaan Negeri bagi tujuan pembinaan masjid di kawasan sama, sebagai komitmen meningkatkan pembangunan Institusi Islam di negeri ini.

“Surat setuju sekolah agama yang baru (bagi pembinaan) terima dan projek akan dimulakan mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

Beliau berucap pada program Jelajah Peduli Rakyat parlimen Shah Alam di Denai Alam, Bukit Subang petang ini.



Dalam pada itu kata Mohamed Azmin, Kerajaan Negeri konsisten mengangkat institusi pembangunan Islam negeri dengan meletakkan nilai perbelanjaan maksimum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau berkata ia dibuktikan menerusi peruntukan RM300 juta dalam Belanjawan Negeri tahun lalu menyaksikan pelbagai inisiatif baru diperkenalkan agensi berkenaan untuk mengangkat institusi keagamaan negeri.“Selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu institusi Islam diperkukuhkan dan peranan JAIS ditingkatkan.

“Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM300 juta tahun ini kepada JAIS untuk tujuan tersebut yang akan disalurkan bagi pembangunan masjid dan surau, sekolah agama dan berkaitan,” katanya.
=EZY=

Subscribe to receive free email updates: