Timbalan Menteri: "Letak Bayi" Di "Baby Hatch" Bukan Satu Jenayah ! kabarmalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Ibu yang melahirkan bayi tidak sah taraf tidak perlu takut meletakkan bayi mereka di “Baby Hatch” kerana ia bukan kesalahan jenayah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata kerajaan berharap ibu-ibu berkenaan memilih meletakkan bayi mereka di Baby Hatch dan tidak membuang bayi tersebut di merata tempat, yang merupakan kesalahan jenayah.
“Dalam hal ini, keselamatan dan kesihatan bayi tersebut akan lebih terjamin kerana Baby Hatch merupakan fasiliti selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai impak penubuhan Baby Hatch di negara ini serta adakah dengan kewujudannya, bayi dapat ditinggalkan dengan selamat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai impak penubuhan Baby Hatch di negara ini serta adakah dengan kewujudannya, bayi dapat ditinggalkan dengan selamat.
Azizah berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 59 kes buang bayi dilaporkan sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Beliau berkata kes buang bayi mencatatkan peningkatan setiap tahun sejak 2013.
“Sebanyak 90 kes buang bayi dilaporkan pada 2013, seterusnya meningkat kepada 104 kes pada 2014, 111 kes pada 2015 dan 115 kes pada 2016,” katanya.
Dalam pada itu, Azizah berkata setakat ini, 8 pusat Baby Hatch diwujudkan di Hospital KPJ seluruh negara melibatkan 2 di Kuala Lumpur dan setiap satu di Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Pahang.
Katanya, Baby Hatch turut ditempatkan di tiga Pusat Perlindungan OrphanCARE di Kuala Lumpur, Sungai Petani di Kedah dan Johor Bahru, Johor. #sumber

Subscribe to receive free email updates: