Chong Wei hidap barah hidung peringkat awal - BAM kabarmalay3.blogspot.com


Chong Wei kini mendapatkan rawatan di Taiwan dan memberi maklum balas baik terhadap rawatannya. Beliau kini sedang berehat untuk pulih di samping keluarga dan rakan terdekat.

Tambah Norza, bagi pihak Chong Wei, beliau berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan rasa peduli.

"Sokongan anda adalah sumber kekuatan dan ketabahannya," kata Norza yang menyeru semua pihak menghormati privasi Chong Wei dan keluarganya.

BAM sentiasa mendapatkan perkembangan mutakhir tentang Chong Wei dan sedia menawarkan sebarang sokongan kepada legenda badminton negara itu. - Astro Awani

Subscribe to receive free email updates: