"Mangsa Liwat" Saiful Bukhari Azlan BERTANDING PRK Port Dickson kabarmalay3.blogspot.com


Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan mengesahkan dia akan menyertai pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson, menentang Anwar, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan kemungkinan 5 calon lain.
Saya mengesahkan bahawa saya akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Port Dickson,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.
Saya ingin beritahu FMT bahawa tiada siapa dibelakang saya. Saya bertanding bukan atas sebab-sebab peribadi dan saya tidak akan timbulkan sama sekali kes sebelum ini. Saya hanya ingin jadi wakil rakyat dan meraikan demokrasi.”
Pengundi Port Dickson akan memilih wakil rakyat mereka pada 13 Oktober ini selepas 14 hari berkempen. Penamaan calon ditetapkan esok.
Kerusi Parlimen Port Dickson kosong selepas penyandang Datuk Danyal Balagopal Abdullah berundur bagi membuka laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.
Sekiranya Anwar menang, ia akan membuka jalan kepada peralihan kuasa kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam tempoh 2 tahun seperti yang dipersetujui Pakatan Harapan.
Semalam Peguam Negara Tommy Thomas dalam suratnya kepada peguam Siti Kasim mengesahkan Anwar layak untuk bertanding pilihan raya, selepas Agong memberikan pengampunan penuh seperti yang disaran Lembaga Parol.
Anwar dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful apabila panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan. - fmt

Subscribe to receive free email updates: