Tragedi tahfiz: Enam suspek remaja bakal dituduh kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPO

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Lebih 50 pemberita membanjiri perkarangan Kompleks Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sejak jam 7.30 pagi tadi bagi mengikuti prosiding tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, dua minggu lalu.
 
Prosiding pertuduhan hari ini membabitkan enam remaja lelaki.
 
Untuk rekod dalam kejadian kebakaran jam 5.15 pagi 14 September lalu, seramai 23 mangsa terkorban termasuk dua warden selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.
 
Siasatan polis kemudiannya mendapati wujud unsur khianat dalam kejadian berkenaan dengan melibatkan tujuh suspek remaja yang berusia antara 11 hingga 18 tahun yang ditahan di sekitar lokasi tersebut

Subscribe to receive free email updates: