Pengetua sifatkan pendakwaan suspek tragedi kebakaran sebagai penamat episod duka kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengetua Pusat Tahfiz Quran Darul Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood menyifatkan pendakwaan enam suspek kebakaran pada hari ini akan 'menamatkan episod duka' keluarga mangsa dan pengurusan sekolah berkenaan.
 
Zahid berkata dirinya bersyukur apabila suspek bakal didakwa di mahkamah dan menyerahkan sepenuhnya penilaian kepada pihak yang lebih bijaksana.
 
Beliau bagaimanapun memaklumkan tidak akan hadir ke mahkamah pada hari ini.
 
“Apa saja keputusan dibuat mahkamah adalah paling sempurna di dunia manakala di akhirat lain perhitungan Allah.
 
“Saya tiada rasa ke sana (mahkamah), fokus saya mahu membina semula tahfiz dan membina jati diri pelajar dan pengajar selepas tragedi ini,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro Online.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh pada semalam berkata dua daripada tujuh suspek kes bakar pusat tahfiz berkenaan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.
 
Sementara enam lagi suspek akan didakwa di bawah kesalahan melibatkan dadah.
 
Sementara itu Zahid enggan mengulas sama ada dirinya memaafkan atau tidak suspek yang menyebabkan pusat tahfiznya terbakar pada kejadian awal pagi, 14 September lalu.
 
“Apa yang berlaku ke atas mereka ditetapkan Allah, mereka perlu hadapi hukuman dunia atas apa yang mereka lakukan.
 
“Secara peribadi, isu maaf tidak timbul kerana mereka melakukan kesalahan dan pertuduhan dilakukan. Kita tunggu dan lihat saja," ujarnya.
 
Polis, dalam siasatan awalnya terhadap kesemua suspek itu mendapati kejadian berpunca daripada insiden ejek-mengejek antara suspek dan pelajar pusat tahfiz berkenaan.
 
Tindakan membakar bangunan asrama itu dipercayai kerana denda. 
 
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali sebelum ini menjelaskan tertuduh bawah umur yang didakwa membunuh tidak akan menjalani hukuman mati, sekiranya sabit kesalahan, kerana mereka dilindungi oleh Akta Kanak-kanak 2001.
 
 

Subscribe to receive free email updates: