Datuk Salor mengigau lagi kabarmalay3.blogspot.com

 
 

 DATUK mengigau lagi. Dulu Datuk dakwa PAS terima RM90juta, 'saya ada bukti' kata Datuk. Tapi apabila Sarawak Report diminta buktikan RM90 juta itu di mahkamah, Datuk senyap membisu dan langsung tidak membantu. Barangkali bukti Datuk itu terselam dalam terowong lama di Kg Laut, Tumpat.

Kemudian Datuk mendakwa tiga penjuru tidak akan berlaku di Kelantan kerana Umno dan PAS tidak akan berlawan sesama sendiri. Realitinya, kedua-dua parti sedang sibuk menyusun jentera di Kelantan untuk menghadapi pilihan raya. Dakwaan Datuk benar benar yakin, 'percayalah kata saya', kasihan orang-orang yang percaya pada cerita rekaan Datuk ini.

Budak-budak yang menaiki motosikal 150 kuasa kuda itu bolehlah Datuk perdaya. Meletak sumbu pelita di dalam tangki motor dengan tujuan menjimatkan minyak benar benar idea lucu daripada Datuk, ia menyegarkan ruang politik yang tegang dengan sedikit bahan untuk ketawa. Cuma Datuk sedikit kalah jika dibandingkan Dato Him yang mendakwa dirinya umpama Christian Ronaldo.

Isu Bunga Cik Siti Wan Kembang yang ditanam di tanah orang itu tidak payahlah disebut-sebut, kerana semua tahu itu feel perangai Datuk, 'menggala' dahulu baru kenalpasti tuan tanah.

Justeru, bila Datuk menyebut retreat PAS di Pulau Pangkor membincangkan isu kerjasama Umno-PAS dan surat daripada bekas pimpinan PAS Pusat yang tidak setuju, ia terlalu spesifik dan sekali lagi membuktikan Datuk masih mengigau. Sebenarnya Datuk berbakat untuk mengarah sinetron bersiri di kaca televisyen.

Jika ada yang bertanya, kenapa Datuk jadi begini, jawabnya Datuk sendiri dimulakan langkah di parti jiran itu dengan cerita lucu '10 ADUN'. Bermula dengan kisah itu, ia akhirnya berangkai siri lawak jenaka sehinggalah buku politik Datuk ditutup sepenuhnya. Semoga apabila Datuk terjaga, pintu hati Datuk terbuka untuk bersama-sama perjuangan yang sebenar.

Subscribe to receive free email updates: