Tadi, Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar PPM berkata dua dokumen sedia ada boleh dijadikan panduan baru bagi menggantikan manifesto Pakatan Harapan.
Dua dokumen itu adalah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (KSP RMK11) dan Laporan Belanjawan 2019.
Teringat pada sesi sembang santai hari itu, ada seorang rakan media sosial bertanya saya:
"Jika mereka boleh menipu secara terus-terang apa yang ditulis dalam hitam putih di dalam buku mereka, apa lagi mereka tidak mampu untuk menipu?"
Saya tak ada jawapan untuk dia pada hari itu. Selepas seminggu, saya masih tidak dapat mencari jawapan.
Oleh :Najib Razak