((LIVE))Kumpulan Anak Muda Melayu Berhimpun Aman di Sekitar Kuil Malam Ini kabarmalay3.blogspot.com

Keadaan terkini di luar kawasan Kuil Sri Maha Mahariamman. Terdapat segelintir pihak berkumpulan di luar kawasa kuil namun keadaan terkawal.
Laporan Mojo Nasional RIDAUDDIN DAUD, Sinar Harian #CelahGelegar


SUBANG JAYA – “Fahaman politik kami ketepikan. Kami datang untuk berhimpun secara aman demi bangsa Melayu. Itu sahaja..Allahuakhbar!”
Itu jerit salah seorang daripada sekumpulan kira-kira 50 lelaki Melayu di kawasan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di sini malam tadi.
Menurut salah seorang daripadanya, Shahrizat Sahak, kedatangan mereka bukan untuk menimbulkan provokasi di kawasan berkenaan.
Sebelum itu, mereka berkumpul di tepi bahu jalan kawasan perumahan bertentangan kuil Hindu itu sebelum berarak ke arah jalan utama di hadapan tapak kuil.
Bagaimanapun pasukan polis membuat benteng kawalan sebagai menyekat mereka dan mengarahkan mereka bersurai demi keselamatan.- MalaysiaGazette

Subscribe to receive free email updates: