Polis bawa suspek bakar pusat tahfiz ke tempat kejadian kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, dibawa ke lokasi kejadian hari ini.
 
Suspek lelaki itu kelihatan dibawa memasuki pusat tahfiz pada pukul 11.50 pagi oleh beberapa pegawai polis.
 
Polis mengesahkan lelaki itu adalah seorang daripada tujuh remaja berumur antara 11 dan 18 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan.
 
Utusan Malaysia melaporkan suspek berkenaan di bawa ke bahagian pagar belakang serta asrama terbakar itu yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat.
 
Selepas hampir satu jam di lokasi kejadian, suspek yang ditutup kepala, kemudian dibawa keluar meninggalkan lokasi kejadian oleh polis.
 
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban akibat terperangkap di asrama tersebut dalam tragedi kebakaran 5.15 pagi.
 
Dalam pada itu, Unit Forensik Bukit Aman yang turut berada di lokasi kejadian memaklumkan akan menyelesaikan kerja-kerja mengumpul maklumat dan bukti hari ini.
 
Terdahulu, Unit Forensik hari ini turut melakukan pengimejan tiga dimensi (3D) di pusat tahfiz itu.
 
Sabtu lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.
 
Menurut Amar Singh, reman kesemua suspek akan tamat esok.
 
 

Subscribe to receive free email updates: