Temui Pengundi Di Kedai Kopi Jadi Rutin 'Calon BN' DUN Pulau Tawar kabarmalay3.blogspot.com


JERANTUT: Sembang di kedai kopi menjadi kaedah pilihan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah untuk mendampingi masyarakat berbanding mengadakan kempen ceramah.

Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut itu berkata, program santai bersama masyarakat di kedai kopi menawarkan suasana lebih selesa, malah beliau dapat berjumpa semua lapisan masyarakat dengan lebih dekat.

"Saya tidak suka panggil orang datang dengar ceramah kerana ada yang akan rasa bosan, apatah lagi apabila kita bercerita perkara yang mereka tidak minat.

"Sembang di kedai kopi lebih praktikal kerana saya dapat berdepan dengan masyarakat secara lebih dekat dan mereka juga lebih mudah berkongsi sesuatu perkara dengan saya," katanya hari ini.

Menurutnya, DUN Pulau Tawar mempunyai banyak kedai makan serta gerai kecil terutama di penempatan Felda serta kawasan kampung tradisional, sekali gus memudahkan beliau beramah mesra dengan penduduk setempat.

"Sejak mula berkempen pada Sabtu lalu, saya mesti singgah di kedai kopi. Masyarakat pun menyambut saya dengan baik walaupun ada penyokong parti pembangkang di kedai itu," ujarnya.

Pada PRU-13, calon BN, Datuk Dr. Ahmad Shukri meraih 11,048 undi menewaskan calon Pas, Yohanis Ahmad yang mendapat 7,552 undi bagi memastikan BN menang dengan majoriti 3,496 undi. #sumber

Subscribe to receive free email updates: