Shahrizat: "Pembangkang" Sangat Keterlaluan Kempen Media Sosial ! kabarmalay3.blogspot.com


MARAN: Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan cara Pakatan Harapan (PH) menjalankan kempen di platform media sosial menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai sangat keterlaluan.

Menurut Shahrizat, pembangkang bukan sekadar menyebarkan berita palsu untuk mengelirukan para pengundi, malah menimbulkan semula isu-isu lama yang sudah diselesaikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru Pergerakan Wanita UMNO di seluruh negara supaya sentiasa mengamalkan prinsip berhemah ketika menjalankan kempen untuk membantu kemenangan BN pada pilihan raya umum kali ini.

"Kita (Wanita UMNO) bukan pembawa fitnah. Lebih baik kita kekalkan prinsip Wanita UMNO dan buat kerja dengan bersemangat.

"Kita juga bukan sekadar jentera yang menjalankan kerja kempen untuk parti (BN), tapi kita yang mempunyai beratus ribu ahli adalah pengundi tegar untuk BN," ujar beliau semasa sidang akhbar di sini semalam.

Shahrizat berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Felda Jengka 3 di sini yang turut dihadiri calon penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Hadir sama ialah Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Roslin Abdul Rahman serta Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari.

Mengulas lanjut, Shahrizat turut menyifatkan DAP sebagai diktator sebenar dalam pakatan pembangkang sejurus parti itu mengumumkan tiga calon Parlimen merekA. #sumber

Subscribe to receive free email updates: