Muhyiddin Dakwa BN Akan Cuba Halang Rakyat Keluar Mengundi ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, apa sahaja akan dilakukan oleh BN termasuk kemungkinan pokok akan tumbang di atas jalan.


“Bagi Najib (Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak), kalau pengundi keluar ramai, mereka (BN) akan kalah pilihan raya kali ini,” dakwanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat Parlimen Paya Besar di Felda Lepar Hilir 1 di sini hari ini.


Muhyiddin mendakwa, BN juga akan menggunakan taktik menawarkan wang kepada pengundi untuk mengundi parti itu.


Selain itu, beliau juga meminta rakyat supaya tidak mengundi Pas kerana membazir.


“Saya lihat bendera dia (Pas) kali ini luar biasa dari dahulu tidak tahu daripada mana parti itu dapat duit,” soalnya #sumber



Subscribe to receive free email updates: