Adnan Yaakob Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi BN Di Facebook kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menzahirkan rasa terima kasih kepada pengundi kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada parti komponen itu untuk memenangi kerusi majoriti di negeri Pahang.

Ucapan yang dimuat naik menerusi status laman sosial Facebook itu turut menyatakan beliau bersyukur meskipun BN menduduki 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu kurang lima kerusi bagi berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu. 

"Saya bagi pihak UMNO Negeri dan Barisan Nasional Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih BN Negeri Pahang.

"Kejayaan ini membolehkan kita mendapat majoriti mudah iaitu 25 kerusi (untuk dua pertiga kita perlukan 28). Penggal lepas kita dapat 30 kerusi, kali ini, 25 kerusi; kita bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pengundi," katanya menerusi status Facebook hari ini. #sumber

Subscribe to receive free email updates: