Pakatan Harapan Buat Mesyuarat Pertama Majlis Presiden Pada Hari Esok kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat Majlis Presiden yang pertama esok selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam, yang menyaksikan gabungan itu membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjumpaan pertama dengan media tempatan dan antarabangsa selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh, hari ini, berkata mesyuarat itu akan membincangkan pembentukan barisan Kabinet baharu.

"Esok adalah hari cuti. Tetapi saya tidak akan mengambil apa-apa cuti. Walaupun saya perdana menteri, saya terikat untuk mempertimbangkan pandangan parti-parti komponen, bagaimana kita membahagikan bilangan jawatan menteri di antara kita.

"Terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan...ada yang diperlukan secara rasmi dan ada yang berkaitan keputusan dasar. Jadi ia adalah masa yang sibuk, " kata pemimpin berusia 93 tahun itu.

Dr Mahathir, yang mengetuai gabungan empat parti - PPBM, PKR, DAP dan Amanah, semalam telah mencipta kemenangan yang menakjubkan dalam PRU14 apabila mengakhiri penguasaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara selama enam dekad. #sumber

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :