Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau bersedia membantu bagi memastikan peralihan kuasa yang lancar.
"Baru mengucap tahniah kpd Tun Mahathir diatas pelantikan beliau sabagai Perdana Menteri yang ke7. Saya sanggup membantu peralihan kuasa yang lancar," katanya menerusi laman sosial Twitter rasmi beliau sebentar tadi.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 semalam, Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mahathir memenangi majoriti mudah dengan memperoleh 113 daripada 222 kerusi Parlimen. #sumber