Zuraida kecewa Tun M calon PM PRU14 kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) jika pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang mengundang rasa kecewa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
 
Zuraida berkata, selepas 20 tahun berjuang seolah-olah mereka tidak mampu untuk menamakan calon perdana menteri.
 
“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika itu,” katanya memetik laporan FMT hari ini.
 
Semalam PH mengesahkan pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri dan akan bergandingan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.
 
PH juga akan mengusahakan pembebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja mereka menang dalam pilihan raya dan akan mengangkatnya sebagai perdana menteri seterusnya.
 
Dalam pada itu Zuraida berkata pengumuman tersebut tidak akan menghentikannya untuk bekerja lebih kuat bagi memenangi pilihan raya dan beliau turut mendoakan terdapat perkara baik akan berlaku.
 
“Kerana apa sahaja akan berlaku kini dan PRU14… dengan izin Allah,” katanya.
 
 
 
Ahli Parlimen Ampang itu dalam masa yang sama menafikan dirinya mempunyani masalah peribadi dengan Dr Mahathir, namun beranggapan Pengerusi PH itu lebih layak menjadi menteri kanan jika pembangkang menang kelak.
 
Bekas Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib yang sebelum ini menentang Dr Mahathir dalam agenda reformasi menerima keputusan PH semalam.
 
ADUN Hulu Kelang itu menyifatkan pengerusi PPBM itu sebagai seorang yang rasional dan berobjektif dalam cita-cita menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
 
“Saya bersetuju kerana itu adalah keputusan parti saya dan keputusan parti saya dibuat bersama-sama dengan Pakatan Harapan.
 
“Apa-apa dia buat itu bagi saya mudah. Dia telah melakukan sesuatu dan menyumbang sesuatu untuk melemahkan rejim Datuk Seri Najib Razak dan dengan itu dia membantu kita untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: