Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya, Datuk Seri Azam Baki dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, mekanisme baharu itu dilihat satu cara bagi mengekang kegiatan perlombongan haram bauksit serta pencemaran alam sekitar.
“Arahan ini bagi membolehkan pengusaha mengeluarkan simpanan stok itu dalam tempoh morotarium yang masih berkuat kuasa. Perlu diingatkan, penarikan balik arahan penyitaan ini tidak bermakna perlombongan baharu dibenarkan di negeri tersebut.
“Pihak kementerian dan kerajaan negeri telah menetapkan peraturan-peraturan yang perlu diakuri oleh pengusaha-pengusaha bauksit bagi menjamin pengeluaran stok simpanan bauksit dibuat secara teratur,” katanya di sini hari ini.
Memperincikan mekanisme itu, Azam menjelaskan, semua pengusaha bauksit perlu menandatangani satu aku janji sebelum permohonan kelulusan permit (AP) untuk mereka mengeluarkan stok simpanan diluluskan oleh kementerian.
Menurutnya, antara aku janji tersebut juga adalah bahawa mereka tidak akan terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
“SPRM akan bekerjasama dengan kementerian dan kerajaan negeri bagi memantau pemindahan stok simpanan bauksit yang diluluskan selain memastikan tiada perlombongan bauksit baharu di kawasan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan negeri setakat ini.
“Sekiranya ada pihak didapati terlibat dalam perlombongan bauksit secara tidak sah, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka mengikut Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.
Tambah Azam, SPRM meminta kerjasama orang ramai bagi membekalkan maklumat sekiranya ada aktiviti perlombongan bauksit secara haram agar tindakan sewajarnya diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. #sumber