Pemilihan CEC kali ini menyaksikan kemasukan dua muka baru dalam senarai 20 anggota yang dipilih 1346 perwakilan yang hadir.
SHAH ALAM: 90% jawatankuasa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP kekal menerajui tampuk kepimpinan parti itu selepas pemilihan semula diadakan menerusi kongres khas hari ini.
Pemilihan CEC kali ini menyaksikan kemasukan 2 muka baru dalam senarai 20 anggota yang dipilih 1,346 perwakilan yang menggundi
Dua muka baru yang dipilih bekas exco Selangor Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar.
Sementara itu 2 penyandang yang terkeluar ialah Adun Skudai Boo Cheng Hau dan Karpal Singh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 2014.
Menerusi pemilihan itu, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang terus mengungguli senarai jawatankuasa tertinggi parti dengan undi terbanyak 1,199 undi.
Satu-satunya wakil Melayu dipilih ke CEC ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, yang terpaksa berpuas hati dengan 649 undi, jumlah undi kedua paling sedikit daripada 20 orang yang terpilih.
Sebanyak 1,356 kertas undi yang dikeluarkan pada pemilihan kali ini,sementara itu hanya 1,346 kertas undi yang dikembalikan semula.
Bagaimanapun hanya 1,310 undi dikira sebagai undi sah, dengan undi rosak pula sebanyak 36.
Berikut merupakan senarai 20 anggota CEC DAP yang baru, disusun mengikut jumlah undi:
- Lim Kit Siang – 1199 undi
- Gobind Singh – 1198
- Lim Guan Eng – 1180
- Anthony Loke Siew Fook – 1175
- Liew Chin Tong – 1123
- Teo Nie Ching – 1080
- Chong Chieng Jen – 1057
- Teresa Kok – 1033
- Tan Kok Wai – 1021
- Tony Pua – 1020
- Nga Kor Ming – 967
- Fong Kui Lun – 949
- Chow Kon Yeow – 900
- M Kulasegaran – 826
- Chong Eng – 734
- Teng Chang Khim – 702
- Ronnie Liu – 688
- Ngeh Koo Ham – 659
- Zairil Khir Johari – 649
- V Sivakumar – 586
Arahan itu dikeluarkan berikutan JPPM belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
JPPM turut mengarahkan DAP menggunakan semula senarai perwakilan DAP seramai 2,576 orang pada 2012 ketika sesi pemilihan kali ini.
Pemilihan semula DAP diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan pemilihan firma antarabangsa itu sudah dipersetujui JPPM.