[CARI PENDATANG JUMPA JUTAAN WANG] Imigresen rampas RM12.1 juta dalam 2 operasi pelacuran kabarmalay3.blogspot.com

Sepasukan penguatkuasa imigresen terkejut dengan penemuan RM12.1 juta menerusi operasi membanteras kegiatan pelacuran di Sabah, yang merupakan rampasan wang tunai terbanyak dalam sejarah jabatan itu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dipetik China Press sebagai berkata, operasi itu dijalankan di 2 lokasi di Kota Kinabalu, Khamis lalu, di mana pasukan penguatkuasanya menemui wang tunai lebih RM11 juta dalam bilik sebuah hotel.
Beliau ketika menghadiri program di Akademi Jabatan Imigresen di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini berkata, berdasarkan maklumat risikan, mereka kemudiannya menemui lebih RM1.1 juta lagi dalam sebuah bangunan lain.
Katanya, pihaknya belum tahu pemilik wang tunai itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Mustafar berkata, jabatan itu berjaya menyelamatkan 17 warga Filipina berusia lebih 10 hingga 40 tahun yang dipaksa melacur, selain menahan 2 lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Filipina.
Katanya, kes itu diserahkan kepada unit khas yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Datuk Jaafar Mohamed untuk siasatan lanjut. - FMT

Subscribe to receive free email updates: