Banjir: Tuhan tunjukkan ini ketika terbaik tawan P Pinang, kata Zahid kabarmalay3.blogspot.com

 
Timbalan perdana menteri berkata BN menunjukkan 'buta warna' dalam membantu rakyat.
 
 
zahid

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi mahu Gerakan melihat bencana banjir yang melanda Pulau Pinang minggu lalu sebagai petunjuk Tuhan bahawa mereka boleh menawan negeri itu selepas disingkirkan pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata bencana itu, yang turut menyaksikan tanah runtuh, pokok tumbang dan kerosakan harta benda di serata negeri itu, merupakan isyarat negeri itu sedia untuk diambil semula Barisan Nasional (BN).

“Tidak mustahil. Perkara ini boleh berlaku,” kata pemangku timbalan presiden Umno itu dalam ucapan di persidangan tahunan perwakilan Gerakan ke-46 di ibu pejabat Gerakan di Cheras hari ini.

“Apa yang berlaku, adalah sesuatu yang Tuhan menunjukkan ini ketika yang terbaik untuk kita mengambil balik semula kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Pulau Pinang dilanda ribut kuat pada 4 November lalu yang meragut 7 nyawa dan kira-kira 2,000 orang dipindahkan ke pusat bantuan bencana.

Zahid berkata Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berpeluang untuk membangkitkan parti itu kerana BN sudah menunjukkan yang ia akan membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berkata lawatannya ke Pulau Pinang pada masa krisis itu di mana beliau dan Ketua Menteri Lim Guan Eng dirakamkan berpelukkan menunjukkan dirinya dan BN “buta warna” dalam membantu mangsa banjir.
 Beliau menambah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut turun padang untuk memberikan bantuan tanpa prejudis.

Beliau berkata kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP mendakwa mereka berjaya menyelesaikan masalah banjir tetapi tragedi itu menunjukkan sebaliknya.

“Tuhan telah menurunkan bala kepada mereka yang mendabik dada kononnya Pulau Pinang bebas banjir,” katanya.

Beliau berkata banjir tidak akan separah bencana tempoh hari jika aktiviti pembangunan di negeri itu diuruskan dengan baik.

Sebelum itu, persidangan mengambil 1 minit untuk memperingati mangsa bencana banjir.

Mah dalam ucapannya berkata pembangunan di Pulau Pinang terkawal semasa Gerakan memimpin kerajaan negeri di bawah pentadbiran bekas ketua menteri Koh Tsu Koon.

“Mudah untuk kata ‘ya’ pada pemaju, tetapi payah untuk kata ‘tidak’,” katanya, dan menambah pentadbiran sekarang gagal membangunkan Pulau Pinang dengan baik.

Mah berkata Gerakan bukan “parti nyamuk” seperti yang didakwa pembangkang nasional. “Tiada orang yang kenal Pulau Pinang lebih daripada Gerakan,” katanya.

Beliau berkata selepas 8 tahun “bermesra” dengan DAP, rakyat Pulau Pinang mulai sedar bahawa “keadaan belum tentu lebih baik di sebelah sana”.

LIHAT VIDEO DI SINI
 

Subscribe to receive free email updates: