Tak patut ajak, ajar murid kempen politik: Netizen kabarmalay3.blogspot.com



Pengguna media sosial hari ini menyifatkan tindakan menjadikan sekolah, apa lagi murid-muridnya, sebagai bahan kempen politik, sebagai langkah terdesak UMNO.
Ini susulan laporan pertandingan menghias dan persembahan kelas serta majlis penyampaian hadiah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1), semalam, anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di mana menterinya adalah Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Kementerian dilaporkan mengenakan syarat tema pertandingan mestilah ‘UMNO dan Kemerdekaan’.
Netizen berpendapat ianya adalah majlis politik yang berselidung di sebalik pertandingan di sekolah. Mereka menyelar tindakan Tengku Adnan yang menyalahgunakan kuasa dengan mempromosi UMNO di sekolah serta kepada murid-murid.
Malah, dilaporkan, kira-kira 500 murid dan guru melaungkan ‘Hidup UMNO, hidup Melayu, dulu, kini dan selamanya’ selain menyanyikan lagu UMNO, pada majlis itu.
Netizen menyifatkan tindakan Setiausaha Agung UMNO itu sebagai terdesak sehingga sanggup menyasarkan sekolah sebagai medan berpolitik.
“Tidak patut dan tidak seharusnya anak-anak ini dikaitkan ataupun dibawa dalam politik kerana ia (politik) akan tercetus perbalahan, kebencian dan banyak lagi perkara lain. Mereka masih di bawah umur, kenapa perkara sebegini berlaku?,” tulis Mohamad Afandi.
“Bukankah pelajar tidak dibenarkan berpolitik? Mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa? Atau mereka telah diberi rasuah? Apa saja ini hanya menunjukkan UMNO terlalu ketandusan akal fikiran,” selar Zainal Ramlan Noorazyze.
Nazrul Hisham Osman pula menyifatkan tindakan Ku Nan itu sebagai doktrin UMNO untuk merosakkan minda generasi pewaris negara, dan menganggap ianya sebagai melampau.
“Sepatutnya sekolah bebas daripada kancah politik. Hantar anak ke sekolah untuk belajar menambah ilmu untuk masa depan bukan diajar berpolitik. Kibar bendera politik di sekolah dah melampau, UMNO dan BN melampau,” tulis Che Lie.
“Pelik! Sepatutnya sekolah bebas dengan politik dan tidak berlaku perkara seperti ini sehingga lagu dan bendera parti diselitkan dalam majlis sekolah,” kata Dennis Rumalin.
Netizen turut mendesak pihak Kementerian Pelajaran memandang serius isu tersebut, sekali gus mempertimbangkan sebarang tindakan terhadap Ku Nan berhubung perkara itu.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dan respon dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran berhubung isu itu. - ismaweb




Subscribe to receive free email updates: