Soalan 1MDB ahli DAP cetus kekecohan di majlis UMNO kabarmalay3.blogspot.com



Soalan berkaitan 1MDB dari Ahli DAP, Mejar Zaidi Ahmad mencetuskan kekecohan pada dialog anjuran Umno di Balik Pulau, Pulau Pinang malam tadi.

Zaidi melontarkan soalan itu pada sesi soal jawab kepada Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkenaan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas juruterbang itu mula menjelaskan dengan terperinci saman sivil diambil Jabatan Kehakiman Negara AS (DoJ) yang mendakwa berbilion dolar dirompak daripada 1MDB yang kemudian meminta Annuar untuk memberi penjelasan.

Terdengar jeritan tidak puas hati dari penonton namun penganjur tetap membenarkan Zaidi meneruskan pertanyaan.

Annuar yang dilihat tenang menjawab soalan panas itu berkata, beliau sedia memberi jawapan tetapi pada mereka yang tidak suka kepada kerajaan tetap tidak akan dapat menerima penjelasannya.

Bekas juruterbang di Tentera Udara DiRaja Malaysia itu kini bekerja sebagai pegawai maklumat dengan kerajaan Pulau Pinang. - MK

Subscribe to receive free email updates: