Menurut sumber, dua lagi yang ditahan ialah  seorang wanita berusia 40 tahun yang bertugas di sebuah kementerian serta seorang ahli perniagaan di negeri ini yang berusia 52 tahun.
Sumber tersebut berkata, ahli politik berkenaan ditahan di pejabat SPRM negeri ketika hadir memberi keterangan pada pukul 6.40 petang ini.
“Wanita berkenaan ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 8.15 malam ini manakala ahli perniagaan tersebut ditangkap di pejabat SPRM negeri pada pukul 8.45 malam.
“Wanita itu sebelum ini bertugas di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya. - UTUSAN ONLINE