Polis tahan jurulatih renang dipercayai rogol atlet kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan yang berasal dari China ditahan di Sri Petaling, semalam, atas dakwaan merogol seorang atlet.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata suspek berusia 35 tahun itu mempunyai status penduduk tetap (PR).
 
Penahanan suspek dilakukan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis pada Ahad lalu, dan suspek ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.
 
"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.
 
"Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol itu dikatakan berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan," menurut laporan BH.
 
Polis juga akan mendapatkan kebenaran menahan reman suspek hari ini.
 
Amar turut mengesahkan hanya seorang sahaja mangsa melaporkan kejadian sedemikian kepada polis

Subscribe to receive free email updates: