ATM tak kompromi dengan kumpulan pembuli kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BUTTERWORTH: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata ATM akan membuang anggotanya yang didapati bersalah kerana membuli. 
 
Menurutnya, tindakan tegas ini menunjukkan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mereka yang melanggar peraturan.
 
"Buli bukan amalan dan budaya kita. Perkara ini di luar daripada kebiasaan dan kita tidak teragak-agak untuk ambil tindakan kerana sebelum ini pun kita pernah buang anggota yang terbukti buat perkara seperti ini.
 
"Kalau ia budaya kita, setiap hari anda akan lihat anggota yang keluar masuk hospital kerana dibuli," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra ATM dan Anggota Cedera bersempena Hari ATM Ke-84 di Pengkalan Udara Butterworth di sini, hari ini.
 
Reaksi itu menyusul selepas kematian dua anggora Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas 1 Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Ipoh pada minggu lalu kerana dipercayai didera.
 
 

Subscribe to receive free email updates: