Darul Ehsan Leaks – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dikhabarkan akan mengambil alih kerusi yang bakal ditinggalkan oleh Rafizi Ramli di Pandan dalam PRU-14 ini dalam usaha Pakatan Harapan mengurangkan impak hakisan sokongan daripada para pengundi tempatan terhadap pembangkang.
Tempat Nurul Izzah pula bakal diisi oleh wakil DAP, Syefura Othman yang juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang. Syefura dilihat mempunyai potensi yang besar untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Harapan di Lembah Pantai sama seperti yang diraih oleh Nurul Izzah sebelum ini.
Difahamkan, perubahan ini terpaksa dilakukan selepas Rafizi Ramli hilang kelayakan untuk bertanding manakala reputasi Nurul Izzah di Lembah Pantai pula didapati semakin merosot akibat pelbagai isu terutamanya berkaitan agama Islam dan orang Melayu.