[KU NA GELISAH, NAWAWI LEGA] Dr M beri bayangan bertanding di Putrajaya pada PRU14 kabarmalay3.blogspot.com



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan bertanding di Putrajaya pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) akan datang.
“Ya, mungkin saya akan bertanding di Putrajaya,” katanya ringkas kepada pemberita sewaktu ditemui di ibu pejabat PPBM hari ini.
Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada 2016 pernah mencadangkan “arkitek” Putrajaya itu bertanding di Parlimen itu.
Putrajaya, yang dibina di atas ladang Prang Besar, dijadikan pusat pentadbiran kerajaan pusat pada 1999, ketika kemuncak kegawatan ekonomi dan krisis politik melanda negara.
Pada pilihan raya 2013, Husam yang pada ketika itu mewakili PAS bertanding di Parlimen itu dan menerima 4,402 undi, ditewaskan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan 9,943 undi.
Sementara itu, Dr Mahathir turut mendakwa negara kini seperti mengamalkan sistem pemerintahan berbentuk diktator, susulan penganjuran program bertemakan Umno di sebuah sekolah.
Ia berikutan laporan mengenai ratusan murid-murid dan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) mengambil bahagian dalam pertandingan bertemakan “Umno dan Kemerdekaan #Negaraku”.
Dalam acara itu, bendera Umno dipasang di seluruh sekolah. Para murid juga mengibarkan bendera Umno dan menyanyikan lagu parti.
Menurut laporan itu lagi, pada satu tahap sepanduk “Hidup Umno, Hidup Melayu. Dulu, Kini dan Selamanya” dinaikkan di pentas.
Tengku Adnan dalam ucapannya menggesa para guru menyertai Umno. Selepas menteri menggulung ucapannya, para murid melaungkan “Hidup Umno!”.
Zaman saya tak peralat sekolah
Dr Mahathir berkata pemerintahan berbentuk diktator dapat dilihat apabila pemimpin yang korup terus dibela dan disokong walau apa cara sekalipun.
“Ada sebuah negara yang gunakan sistem diktator. Dalam sistem diktator ini ada personaliti yang akan didokong walaupun pemimpin itu penyangak.
“Apabila hendak kekalkan sokongan ini, dia suruh orang nyanyi lagu yang menyokong pemimpin berkenaan. Nampaknya ini sudah berjangkit di Malaysia, seolah-olah dari kecil sudah diajar untuk tipu diri,” katanya.
Dr Mahathir berkata, sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, beliau sendiri tidak pernah gunakan sekolah sebagai alat parti politik.
“Dalam cara kita jadi kerajaan, tidak boleh memihak kepada mana-mana parti politik termasuk parti yang menjadi kerajaan.
“Kita tidak boleh gunakan alatan kerajaan untuk kepentingan parti, ini salah. Kerajaan sekarang ini seolah-olah tidak ada peraturan dan undang-undang,” katanya.
Dr Mahathir bagaimanapun yakin, rakyat sedar tindakan itu tidak betul dan sedikit sebanyak membantu pembangkang mendapatkan undi. - FMT

Subscribe to receive free email updates: