[KERETA TERSADAI] 'Abang terlajak laris' mengeluh harga minyak mahal kabarmalay3.blogspot.com



Datuk Seri Aliff Syukri merungut kerana tidak mampu melaram sebagai 'perdana menteri' dengan kenderaan mewah Rolls Royce yang dimilikinya.

Menerusi Instagram peribadi Aliff secara berseloroh berkata kereta dengan nombor pendaftaran PMD itu bermaksud Perdana Menteri D’herbs.

Jutawan kosmetik itu memberitahu, kenderaan itu memerlukan dia berbelanja besar disebabkan harga minyak yang mahal di samping cukai jalan mencecah RM60,000 setahun.

Akibat tidak dapat menampung kos bahan bakar yang tinggi, Aliff berkata kereta itu kini tersadai dan tidak dapat lagi dipandu.

Dua tahun lalu Aliff pernah memuat naik gambar Rolls Royce berkenaan bagi berkongsi pengalamannya pernah berjalan kaki ke pejabat kerana tidak memiliki kenderaan.

Namun, semalam pemilik akaun Instagram yang memiliki lebih 2 juta pengikut itu tiba-tiba berhasrat menyewakan kenderaan itu bagi mengelak terus menanggung kerugian. - MK

Subscribe to receive free email updates: