“Macam Roti Sandwich Penuh Salad”, Netizen Kreatif Samakan Pangsapuri Unik Di China Ini Dengan Makanan
Kepada sesiapa yang berpindah ke pangsapuri ini mungkin kena berhati-hati dengan bahaya binantang berbisa yang mungkin dihadapi.
Masalah tanah runtuh, banjir dan kemusnahan bumi akibat pembangunan-pembangunan pesat yang melibatkan pembinaan bangunan-bangunan tinggi sehingga kita sentiasa di kelilingi oleh hutan konkrit telah menyebabkan banyak kesan buruk kepada kualiti hidup manusia di bandar.
Melihat pokok yang menghijau di luar bilik memang sungguh menyegarkan, di China telah mengimplimentasikan jalan penyelesaian untuk masalah ‘hutan konkrit’ yang selalu dihadapi oleh bandar-bandar besar. Iaitu dengan menghasilkan vertical forest atau hutan menegak.
Taman atau hutan menegak adalah kawasan hijau yang diperuntukkan pada dinding luar bangunan yang tinggi untuk meningkatkan kadar pengeluaran oksigen sekali gus menyeimbangkan suhu dan menyerap bahan pencemaran seperti debu dan karbon dioksida.
Itulah yang dilakukan oleh sebuah projek perumahan di China apabila sebuah pangsapuri dibangunkan dengan konsep vertical forest.
Perumahan pangsapuri itu mempunyai taman di setiap balkoninya, satu pandangan yang menyegarkan di kawasan bandar yang dihiasi hutan konkrit.
Namun, perumahan ini hanya didiami oleh 10 keluarga yang sanggup diselubungi tumbuhan hijau itu pada ketika ini walaupun semua unit pangsapuri habis dibeli sejak diiklankan pada 2018. Ini kerana taman di balkoni itu juga dipenuhi dengan nyamuk.
Namun, apartment unik ini menjadi bualan netizen di laman sosial. Rata-rata teruja dengan lanskap perumahan ini.
Dengan ketiadaan penghuni kerana tidak sanggup digigit nyamuk, tumbuhan-tumbuhan di balkoni pangsapuri itu semakin meliar dan menyelubungi permukaan luar bangunan.
So korang berani tak nak tinggal dikediaman macam ni,udara dah segar tapi masalah lain pula yang datang.