Parti Amanah AJAR LGE, Guna BM bukan saja kewajaran tetapi Tanggunjawab Menteri kabarmalay3.blogspot.com

*_25 Jun 2018_*
*_11 Syawal 1439_*
*SEBARAN MEDIA*

*_MENTERI ADALAH SIMBOL KEBANGSAAN_*
Penggunaan Bahasa Kebangsaan oleh Menteri dalam sebarang kenyataan adalah bukan sekadar suatu kewajaran berbahasa tetapi satu tanggungjawab nasional.
Kenyataan rasmi Menteri Kewangan Malaysia di dalam Bahasa Mandarin suatu tindakan perkauman dan tidak peka sensitiviti negara bangsa yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan.
Jawatan Menteri Kewangan adalah jawatan negara. Suara dan jawatan Setiausaha Agong DAP sewajibnya seiringan dengan semangat dan falsafah kerajaan semasa yang dianggotainya.
*DR MUHAIMIN SULAM*
_Naib Pengerusi_
_Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak_

Subscribe to receive free email updates: