MENTERI buat Sidang Media Dalam Bahasa Tamil Pula kabarmalay3.blogspot.com



SUSAH SANGAT KE BANGSA PENDATANG NAK FAHAM? 

Melayu dari sejarahnya sampai hari ini ialah bangsa yang sangat bertoleransi. Kita tidak kisah berkongsi rezeki, berkongsi tanah, berkongsi rumah. Cuma secara berkias katanya, janganlah sampai raja elok dihina, budaya dibuang, bahasa dipinggir dan agama dihina. Jika elok sahaja semua itu diterima, berkongsilah. Tanah yang ada, terokalah ikut kerajinan. Kamu rajin, kamu kaya. Tiada masalah kamu boleh lebih kaya dari tuan rumah. Jangan sampai geran tanah bertukar nama. Bani Melayu sahaja yang begini. Bolehkah kita ke Tanah Besar di atas sana kemudian kembangkan komuniti Melayu dan agama Islam di sana, pacu ekonomi, buka kilang, cipta kekayaan dan boleh dapat warganegara dan boleh meneraju kerajaan? 

Boleh?
Pasti tidak kan?

Dah molek lah tu, kita berkongsi semuanya lebih dari apa yang pernah bangsa lain di dunia berikan. 
.
Bukan tidak pernah kita lihat sejarah. Jika semua itu dilanggar atau diusik, amok Melayu tak boleh ditahan. Sentuh raja, sentuh agama, sentuh bangsa. Sehinggakan amok itu sendiri, kata asal dari bangsa Melayu. 
.
Melaka dahulu besar. Hari ini sahaja dia kecil. Kalau dari Moro, Maluku, Kepulauan Jawa, Tanah Melayu, Maldives sehingga ke Madagascar di mana bahasa Melayu dituturkan, di situ panji bangsa berkibar. Melaka tak jatuh kerana meriam Alfonso tapi kerana pengkhianatan Melayu sendiri. 
.
Jangan disanggah, jangan diusik. Kita semua mahu hidup harmoni. Nak mencari rezeki di atas bumi ini, carilah. Mahu lebih kaya dari raja, silakanlah. Mahu buat istana lebih besar dari sultan-sultan, buat sahaja. Jangan usik, jangan sentuh kedaulatan raja, bangsa dan agama. Amok Melayu berparang sahajapun, tak mampu ditampan walaupun dengan bazooka.

Beri ruang kerajaan yang dipilih. Beri pujian bila elok, beri teguran jika buruk. Yang lama tidak semua buruk, yang baru tidak semua elok. Kita perlu satu sama lain sebagai cermin. Jika tiada cermin, kotor atas hidung yang dekat dengan mata juga kita tak nampak. 
.
Menegur bukan membenci. 
Memuji bukan memuja. 
Kita semua manusia. 
Dah tentu tidak sempurna.
Dah tentu...MUDAH LUPA.
.

SAIFUL NANG
Daulat Tuanku!

Subscribe to receive free email updates: