ANWAR Tidak Layak Jadi PM, Terima hakikat REFORMASI GAGAL kabarmalay3.blogspot.com


DATO' SRI ANWAR IBRAHIM TIDAK LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

KATAKAN TIDAK KEPADA DSAI.

( YANG TERAMAT KURANG CERDIK DILARANG BACA DAN KOMEN)

Ini Bukan Reformasi , Ini Revolusi.

Kami Mahu Perdana Menteri Yang Kurang Bercakap Dan Banyak Berkerja .

Kami Tidak Akan Berdiam Diri Kerana Ini Soal Masa Depan Negara.

Ada Yang Mengatakan Bahawa Ini Bukan Masa Yang Sesuai Untuk Mengutarakan Kebimbangan Kami.

Jadi Bila Kah Masa Yang Sesuai? Bila Sudah Terlambat? 

Selepas 'Malaysia Esok' Mengeluarkan Kenyataan Mempersoalkan Tentang Risiko Dan Kewibawaan Dato' Sri Anwar Ibrahim Sekiranya Dijadikan Perdana Menteri Ke 8 Malaysia ..Ramai Diantara Penyokong Penyokong Beliau Sudah Mula 'Menyalak.'

Berbagai Kecaman , Makian Serta Komen Yang Setaraf Dengan Machai Mat Rempit Upahan UMNO/BN  Telah Kami Terima Di Lebih 180 Perkongsian  Post 'Malaysia Esok ' 
Bertarikh 13 Jun 2018 Yang Bertajuk ' Bahaya Melantik DSAI Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 8 Tanpa Pilihanraya Umum' .

Tidak Kurang Juga Yang Telah Menghantar Mesej Peribadi Berunsur Kecaman Serta Ugutan Kepada Kami.

Ramai Yang Nak Tahu Siapa Dia M.F Yang Menulis Kenyataan Tersebut, Kenapa?? Sebab Kenyataan Tersebut Membuat Anda Berfikir?

Ini  Malaysia Di Era  Baru, Tetapi Pemikiran Segolongan Daripada Kamu Masih Di Dalam Longkang.

Perangai Kebanyakkan Penyokong Beliau Lebih Teruk Daripada Penyokong Penyokong DS Najib.

Ini Hanya Menguatkan Semangat Serta Mengukuhkan Persoalan Kami Tentang Kewibawaan Beliau Untuk Menjadi Perdana Menteri Kita Yang Seterusnya.

Kami Di ' Malaysia Esok' Mengambil Kira Kepentingan Malaysia Berbanding Kepentingan Peribadi Mana Mana Individu Sekalipun.

Kami Hanya Mahukan Yang Terbaik Buat Malaysia .

Kami Mengeshorkan Supaya Anda Rakyat Malaysia Semua Berlapang Dada, Membuka Mata Dan Mempersoalkan Kewibawaan Pada Setiap Calon Yang Akan Dicalonkan Untuk Menjadi Perdana Menteri Dan Lain Lain Jawatan Penting Negara Kita.

Kenapa Tidak?

Mari Kita Imbas Kembali Sedikit Latar Belakang Beliau Sebagai Menteri Kewangan Semasa George Soros Menyerang Beberapa Matawang Asia Pada Tahun 1997.

Bila Kita Dilanda Krisis Kewangan Tersebut Beliau  Telah  Meminta Nasihat IMF Untuk Mengatasi Krisis Terbesar Asia Pada Masa Itu Dan Beliau Telah Bersedia Untuk Mengambil 'Ubat IMF'  Yang Pada Masa Itu Berhasrat Memiskinkan Negara Dan Mengulingkan Dr.Mahathir.

Sama Ada Beliau Tak Cukup Bijak Untuk Menghidu Niat IMF Atau Beliau Pura Pura Tidak Tahu?

Ingat Begitu Mudah Nak Serang Malaysia Yang Dipimpin Oleh  Dr Mahathir? 

Dr.Mahathir Dapat Mengesan Komplot  IMF Yang Disokong Oleh Anwar Lalu Dr.Mahathir Tidak Ada Pilihan Lain Selain Daripada Menyingkirkan Idea Beliau.

Lalu Dr.Mahathir Sendiri Bersama Pakar Pakar Ekonomi Tempatan Telah Menyelamat Serta Memulihkan Ekonomi Negara Dengan Cara Yang Tidak Konvensional Tetapi Berkesan Dan Malaysia Pulih Lebih Cepat Dari Mana Mana Negara Yang Telah Mengambil ' Ubat IMF' .

Dan Apa Yang Anwar Telah Buat Selepas Itu??

Reformasi! 

Dikala Negara Baru Pulih Daripada Serangan Ekonomi Terbesar Pada Masa Itu Beliau Telah Melancarkan Reformasi Yang Juga Telah Terbukti Gagal .

Namun Itukah Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Seorang Bekas Pemimpin Yang Sayangkan Negara Serta Rakyatnya??

Luka Ekonomi Malaysia Baru Sahaja Sembuh Dan Tanpa Membuang Masa Malaysia Dilukai Lagi Dengan Luka Ketegangan Sosial.

Reformasi Untuk Kepentingan Siapa , Tuan Tuan Dan Puan Puan?

Pada Pendapat Saya Tindakan Itu Membuktikan Yang Anwar Seorang Manusia Yang Amat Mementingkan Diri Sendiri.. Beliau Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Mencapai Hasrat Beliau.. Mempergunakan Sesiapa sahaja Untuk Mendapatkan Apa Yang Beliau Mahu.

Dan Sekarang Beliau Mengkritik Tugas Yang Telah Diarahkan Oleh Tun Kepada Menteri Kewangan Kita. Walaupun Beliau Mempunyai Banyak Lagi Saluran Lain Untuk Memberikan Pendapat Yang Tak Seberapa Cerdik Dan Tak Diterima Itu..Namun Beliau Memilih Media Untuk Menyalurkan Kritikan Itu.. Untuk Apa? Populariti? 

Jadi Kalau DSAI Yang Menjadi PM Sekarang, Apa Yang Beliau Akan Arahkan Kepada Menteri Kewangan?? Supaya Menutup Segala Salah Laku DS .Najib Daripada Negara Dan Dunia?

DSAI, Tolong Jangan Menggangu Pentadbiran Negara .

Tun Dan Yang Lain Tahu Apa Yang Perlu Dilakukan. Kita Tidak Perlukan Apa Apa 'Ubat ' Dari anda. 

Anda Jangan Lupa Ambil Ubat.

Pisang Dah Berbuah 2 Kali Tuan Tuan Dan Puan Puan. ( Pak Lah Dan DS Najib )
Jangan Tunggu Sampai Ia Berbuah Kali Ke 3.

Terima Kasih,

#saynotodsai
#saynotoanwaribrahim

*M.F.

Subscribe to receive free email updates: