"zikir" PH kurang kan Hutang RM1 trillion adalah TAHYUL lagi KHURAFAT kabarmalay3.blogspot.com


Samurai Bon.
.
1. Akhirnya terjawab juga teka-teki ura-ura penerbitan bon global oleh pihak kerajaan Malaysia beberapa minggu yang lalu apabila diumumkan bahawa kerajaan akan menerbitkan bon Samurai yang berjumlah ¥200 Billion (RM7.4 Billion) di dalam bajet semalam.
.

2.  Kadar kupon bagi bon ini adalah 0.65% dengan tempoh matang 10 tahun, dan akan diterbitkan sebelum Mac 2019.
.

3. Setakat ini, 98% ataupun RM690.1 billion daripada keseluruhan RM705 bilion(Setakat Q2,2018) hutang kerajaan sekarang adalah dalam matawang Ringgit. 

Hanya 2% atau RM15.9 bilion dalam matawang asing. Daripada RM15.9 billion hutang dalam matawang asing, hanya RM5.2 bilion iaitu kurang daripada 0.7% daripada keseluruhan hutang kerajaan adalah dalam matawang Yen
.

4. Cadangan ini adalah bermaksud bahawa kerajaan kita ini akan cipta dan tambah hutang lagi dalam mata wang asing, dan dalam kes ini adalah dalam matawang JPY(¥).
.

5.  Apakah ia bermaksud bahawa kerajaan kita kini akan berhutang sebanyak ¥200 Billion dengan Jepun?

Tidak ini bukanlah pinjaman (loan aid) daripada Jepun, sebaliknya kerajaan akan mengeluarkan bon (berhutang) yang akan dijamin oleh Kerajaan Jepun.

Mudah fahamnya ianya adalah sebuah hutang yang dimiliki oleh Malaysia namun dengan jaminan daripada kerajaan asing.
.

6. Apakah perkara-perkara yang kita kena 'take note' daripada bon Samurai ini: 

- Faktor 'exposure' kepada exchange rate matawang ¥ yang kita kena tempuhi bila kita buat pinjaman dalam matawang asing yang kukuh seperti ¥. Makin tinggi beza exchange, makin banyak yang kita kena bayar. 

- Kena tahu, banyak pelabur minat dengan matawang Yen, kerana yen dianggap sebagai matawang selamat aka 'safe heaven currency'. 

- Sebutlah apa-apa crisis, bila financial market "batuk" or "demam",para pelabur akan lari secara berjemaah untuk mebeli Yen dan ini akan menyebabkan Yen meningkat, so bila yen meningkat, faham-faham sendirilah bahawa kos pembayaran semula akan meningkat.

- Kita kena ambil kira juga risiko ini sebelum membuat pinjaman, sebab 'nyawa' kita sekarang dipegang oleh Bank Of Japan(BOJ) di mana segala polisi yang dibuat seperti menaikkan kadar faedah/interest rate atau apa apa polisi yang effect watawang Yen mempengaruhi jumlah pembayaran servis hutang yen kita. 
.

7. Tak percaya? Boleh tengok sendiri, apa kata YB Timbalan menteri mengenai hutang dalam yen dan kenyataan Tun M sendiri mengenai kadar faedah berhutang dalam matawang Yen pada tahun 1990an di dalam video perbahasan di parlimen tempohari.
.

8. Bahawa sesungguhnya, zikir 'Kerajaan akan mengurangkan hutang 1 Trilion' ataupun 'Najib turun maka hutang kerajaan akan turun' adalah satu perkara yang tahyul lagi khurafat.

Sekian.

Oleh: 
.
.
Nota Kaki:
Tulisan den yang lain mengenai hutang dalam yen boleh rujuk sini:

Transfer Hutang Negara 1 Trillion kepada Jepun.
https://www.facebook.com/mkhairulazri/posts/10216903655332518

Pinjam Duit. China, Jepun. Apa beza?
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216897471617929&id=1499194213

Subscribe to receive free email updates: