Bajet 2019: Jual Aset Kerajaan saja pandai, Jual Hospital, Lapangan Terbang kabarmalay3.blogspot.com


Terdapat banyak rujukan di dalam Bajet 2019 mengenai penjualan aset-aset kerajaan termasuk penjualan tanah. 

Saya sebenarnya tidak terkejut kerana inilah "short-cut" yang sama dilakukan di Pulau Pinang sebelum ini.

Bajet 2019 menyebut kerajaan juga berhasrat menjual lapangan terbang, hospital dan rangkaian landasan keretapi dengan kaedah REIT.

Jika hasrat untuk menjualnya diteruskan, saya berharap mereka membuat penilaian sebaiknya.

Adalah tidak masuk akal jika aset yang memberi pulangan tahunan yang tinggi berbanding kos faedah bon kerajaan 3.8 peratus dijual begitu sahaja. Ini mengorbankan masa depan kerajaan.

Sebagaimana saya jangkakan,  mereka telah menjarah rizab tunai Petronas yang sebelum ini sudah meningkat sehingga RM147 bilion sehingga Mac 2017 iaitu ketika pentadbiran saya. 

Kini, mereka mahu Petronas membayar dividen RM54 bilion kepada kerajaan untuk tahun ini dan tahun depan, satu angka tiga kali ganda berbanding pada 2017.

Petronas ialah satu-satunya syarikat Global 500 yang Malaysia ada.

Oleh itu,  saya sentiasa menitikberatkan keutamaan untuk Petronas berkembang dan menjaga kekayaan negara ini dan masa depan serta bersedia untuk hari di mana rizab gas dan minyak negara kita susut. 

Saya harap penjarahan Petronas ini tak akan mengganggu-gugat perancangan pembangunan dan masa depan Petronas.

PH kerap bercakap mengenai hutang meningkat ketika pentadbiran saya tetapi tidak pernah mendedahkan bahawa aset kerajaan turut meningkat yang dengan mudah mencapai RM500 bilion atau lebih. 

Lihat sahaja pada aset dimiliki Bank Negara Malaysia, Khazanah, Petronas dan lain-lain yang melonjak naik pada tempoh yang sama.

Aset-aset inilah yang akan dijual oleh kerajaan PH.

Oleh:Najib Razak 

Subscribe to receive free email updates: