Saya makin Risau, Provokasi Mereka Makin Kuat kabarmalay3.blogspot.com

  •  


Oleh: Firdaus Wong Wai Hung (official) 

Saya bukannya ahli politik dan lebih suka membincangkan isu agama tetapi adakalanya saya terpanggil untuk memberikan komentar apabila merasa bimbang akan sesuatu isu dan seperti tidak kena.
.
Antaranya adalah isu ICERD yang saya berpendapat jikalau tidak ditangani dengan baik dan betul selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan akan menyebabkan keharmonian kaum terjejas teruk dan bakal mengambil masa yang sangat lama untuk dipulihkan hanya kerana mahu menurut kemahuan sesetengah pihak yang bersembunyi di sebalik slogan dan kata-kata manis.
.
Walaupun pelbagai pihak tampil memberikan jaminan dan janji ianya tidak akan menjejaskan apa-apapun tetapi saya mengingatkan diri ini bahawa ada di antara mereka ini adalah orang yang sama memungkiri janji yang pernah dibuat apatah lagi kalau agenda mereka sangat jelas tetapi bersembunyi dan licik bermain sentimen.
.
Jangan menang sorak kampung tergadai.
.
Apa pendapat sahabat tentang kerisauan saya ini? @ Slim River






Subscribe to receive free email updates: