Istana nafi sultan halang taikun dilantik penasihat Perak kabarmalay3.blogspot.com


 Istana Perak menafikan dakwaan taikun, Koon Yew Yin yang pelantikannya sebagai penasihat ekonomi negeri dihalang selepas beliau mendakwa darjah kebesaran Datuk diberikan dengan bayaran tertentu.
Koon mendakwa setiausaha menteri besar Perak meminta alamatnya untuk menghantar surat pelantikan sebagai penasihat ekonomi negeri selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu, tetapi pelantikan itu dihentikan atas arahan istana.
“Sultan Perak tiada hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang pelantikan saya dan baginda tidak boleh mengarahkan menteri besar Perak dan pemimpin politik kita cara melakukan tugas mereka serta apa yang perlu dilakukan kerana saya layak untuk membantu memperbaiki ekonomi Perak,” kata bekas jurutera awam itu yang mengasaskan syarikat pembinaan IJM Corporation Bhd.
Koon turut menyenaraikan pencapaian terdahulu, termasuk sumbangannya bagi tujuan kebajikan.
Bagaimanapun, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, berkata Sultan Nazrin Shah tidak pernah campur tangan dalam sebarang pelantikan berkaitan pentadbiran negeri.
Koon dalam kenyataan hari ini berkata, beliau menyokong parti komponen Pakatan Harapan (PH) dari segi kewangan.
“Saya menyumbang ratusan ribu ringgit bagi setiap satu daripada 4 parti komponen itu dan berkempen di kira-kira 10 lokasi di Perak bagi PH.”
FMT masih menunggu respons Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Subscribe to receive free email updates: