Pendakwah, Pencetus Ummah (PU) Amin atau nama sebenarnya, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, melahirkan kegusaran dengan kehadiran ikon gay antarabangsa ke Malaysia.
Dakwanya kehadiran Sinon Loresca, yang juga merupakan aktor, dan model berasal dari Filipina itu ke Malaysia bakal membawa bala dan malapetaka kepada negara.
Bala sudah sampai di Malaysia. Mereka bakal berpesta . Beliau disambut baik oleh pendokong gay dan pengamal seks songsang di negara ini.
"Moga ALLAH selamatkan Malaysia daripada malapetaka dan bencana besar yang meranapkan seluruh isi di dalamnya," katanya menerusi perkongsian di Instagramnya.
Jelasnya, bulan depan bulan maulid, iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad, jadi kehadiran Loresca buat masa ini sangat tidak sesuai dan dilihat tidak menghormati bulan kemuliaan umat Islam.
"Satu pencabulan yang sangat jahat oleh puak gay kepada kemuliaan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.
"Ayuh bersama saya menentang aktiviti songsang dan haram yang bakal mengundang bala. Islam, Yahudi, Kristian, Buddha dan Hindu menolak sekeras kerasnya amalan songsang LGBT," katanya.
Kehadiran Loresca di Malaysia dikongsi olehnya menerusi Instagramnya, dia turut berkongsi gambarnya berswafoto di KLCC.
Selain Malaysia Loresca juga akan mengunjungi Apollo Club di Indonesia pada 24 hingga 27 November nanti. - SH