(Fakta & Realiti) 80% Pendapatan Rakyat Malaysia BAWAH RM4,000 kabarmalay3.blogspot.com


Menurut pihak KWSP, cabaran utama rakyat Malaysia ialah mereka tidak bersedia untuk persaraan. 

Simpanan persaraan juga sebenarnya tidak cukup untuk hari tua mereka kerana tahap celik kewangan mereka masih lagi rendah.

i. Sebanyak 80% pendapatan rakyat Malaysia adalah di bawah RM4,000.

ii. Sebanyak RM2,700 diperlukan bagi seorang dewasa di bandar untuk tampung keperluan asas sahaja.

iii. Perbelanjaan rakyat Malaysia lebih tinggi berbanding rakyat di Amerika. 

iv. Purata setiap pendapatan RM1 yang diterima, rakyat Malaysia BERHUTANG RM1.46.

Kaji selidik KWSP juga mendapati:

1. Sebanyak 50% ahli KWSP menyimpan di Tabung Haji/ ASN/ ASB.

2. Sebanyak 26% ahli KWSP bergantung kepada simpanan KWSP untuk persaraan.

3. Sebanyak 58% ahli KWSP tiada sebarang pelan insuran.

4. Majoriti ahli aktif (68%) tidak mencapai simpanan asas mengikut umur. Simpanan asas sekiranya berumur 55 tahun = RM228,000. 

5. Sebanyak 70% jumlah ahli yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan > RM50,000.

7. Dua daripada 3 orang ahli menampung kehidupan sebanyak RM950 setiap bulan sehingga capai umur 75 tahun.

8. Tujuh daripada 10 orang ahli teruskan kehidupan dengan RM210 setiap bulan sehingga umur 75 tahun atau simpanan hanya bertahan dalam tempoh kurang dari 2 tahun. 

(Road to Aged Nation: Hall 2-PICC, Putrajaya)

Kredit: Syahnaz Aktar

Subscribe to receive free email updates: