Wan Saiful Wan Jan dilaporkan meletakkan jawatannya sebagai penasihat khas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Menurut laporan The Star, Wan Saiful berkata keputusan itu dibuat kerana beliau mahu memberi tumpuan kepada tugasnya selaku pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Di PTPTN, Wan Saiful berdepan cabaran besar apatah lagi selepas kerajaan gagal menunaikan janji manifesto PRU ke-14 iaitu menangguhkan pembayaran sehingga peminjam berpendapatan bulanan RM4,000.
Krisis terbaru ialah ketika lawatan menteri ke Kedah, Wan Saiful mengatur Menteri mengadap dengan Sultan namun Menteri tidak mahu mengadap dan terus balik ke Kuala Lumpur. Wan Saiful menganggap ini satu penghinaan keterlaluan terhadap tugasnya selaku penasihat menteri. Keputusan meletakkan jawatan itu sangat kuat disebabkan perkara yang memalukannya.
Menurt sumber jika Maszlee tidak mahu mendengar nasihatnya lebih baik letak jawatan.
Wan Saiful menganggap Dr Mazlee adalah Menteri Pendidikan yang gagal malah jawatan Presiden UIAM pun dibolot termasuk Setiausaha Politiknya menjadi Ahli Lembaga Pengarah UUM. Banyak isu merugikan kepada kerajaan dan PPBM seperti isu Kasut hitam, stokin, PTPTN, pegawai khas 14 orang, guru tidak lakukan tugas kerani, mata pelajaran renang, pertukaran jawatan dan lain-lain lagi.
Wan Saiful berkata telah menyerahkan surat peletakan jawatan minggu lalu dan tugasnya di kementerian itu tamat secara rasmi pada 30 November ini.
https://ift.tt/2F6yOxm