Rasulullah Tegas Terhadap Arak, Mujahit??? kabarmalay3.blogspot.com

Ketegasan Rasulullah Terhadap Arak
===========
1. Rasulullah sangat bertegas dalam perkara yang melibatkan arak. Baginda memberikan ancaman bahawa Allah melaknat sepuluh golongan yang mempunyai hubungan dengan arak. (HR al-Tirmizi & Ibn Majah )

2. Sarjana Muslim terdahulu amat memahami perkara ini sehingga sebahagian mereka tidak membenarkan non-Muslim untuk menzahirkan aktiviti arak mereka.

3. al-Imam Ahmad pernah ditanya berhubung perkara ini. Anaknya Abdullah meriwayatkan bahawa dia bertanya kepada ayahnya iaitu al-Imam Ahmad: Bolehkan ahli zimmah (non Muslim) membawa masuk arak mereka dikawasan Muslim? Jawab Ahmad ibn Hanbal:
ليس لهم أن يظهروا بيع الخمر ولا يدخلوه إلا أن يكون في صلحهم
“Tidak seharusnya bagi ahli zimmah (non Muslim) menzahirkan aktiviti penjualan arak mereka dan membawa masuk ke dalam kawasan Muslim. (al-Masail al-Rasail, (Riyad: Dar Taybah, 1412), 2/348)

4. al-Imam Mawardi pula memberikan syarat yang lebih ketat. Kata beliau berhubung syarat ahli zimmah (kafir zimmi/non Muslim) adalah:
والرابع : أن لا يتظاهروا بشرب خمورهم، وخنازيرهم، ولا يسقوا مسلماً خمرا
“dan syarat yang keempat (buat ahli zimmah/non Muslim yang mendiami dibawah naungan Muslim) adalah mereka tidak menzahirkan aktiviti minum arak mereka, begitu juga dengan khinzir mereka, dan tidak boleh non Muslim untuk memberi Muslim arak.” (al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah), Jil 14, m/s 318; )

5. al-Imam Ibnu Qayyim pula menceritakan bahawa Umar Al-Khattab r.a. pernah membakar kedai arak & juga telah membakar sebuah kampung yang terdapat penjualan arak di dalamnya. (Al-Turuq al-Hukmiyyah, m/s 22)

Mudarat arak ini adalah sangat jelas buat manusia. Moga Allah membimbing kita ke arah yang lebih baik.

Subscribe to receive free email updates: