(GLIC) Sudah-sudah lah Guan Eng PERBODOHKAN Rakyat kabarmalay3.blogspot.com


Government Linked Investment Company (GLIC) ada 7;

1. MoF Incorporated
2. KHAZANAH
3.Permodalan Nasional Berhad (PNB)
4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)
5. Lembaga Tabung Haji
6. Kumpulan Wang Persaraan
7. Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Company ni semua bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan menteri yang bertanggungjawab ada kuasa dalam GLIC dan GLC yang dipegang melalui pemilikan ekuiti lebih 20%. 

Jadi, ketujuh-tujuh GLIC ni boleh menentukan siapa Board of Director untuk GLC dan menentukan hala tuju syarikat. 

GLC di Malaysia ni ada lebih kurang 35 buah syarikat dan semuanya ada business line yang berbeza. Kalau, kerajaan nak umumkan sesebuah projek, contoh macam LRT3. Kerajaan boleh bagi terus pada GLC seperti Prasarana Malaysia Bhd.

Menteri Kewangan ada kuasa untuk hentikan/tangguhkan sesuatu projek macam LRT3 tu. Walaupun penghadang jalan kat Seksyen 7 dan Seksyen 14, Shah Alam tu dah buat. Tapi, menteri suruh tangguh sampai 2026. Ikutkan boleh siap 2021 dengan progress work sedang berjalan.

Tapi lepas, tukar kerajaan jek, projek tu ditangguh. Dah lah Shah Alam ni sesak. Lepas tu jalan kena tutup. Tapi, progress work tak ada ataupun perlahan. Tak apalah, rakyat tiba-tiba jadi 'rasional'.

Janganlah menipu kata GLIC ni bukan kerajaan. Padahal yang kawal korporat Malaysia dengan market capitalisation lebih kurang RM 1.7 trillion ni, 7 GLICs bawah kerajaan tadi tu. Sudah-sudahlah tu bodohkan rakyat. Penatlah nak bagi case study macam ni.

Kat Malaysia ni, antara yang power buat tunneling ialah Gamuda MMC Bhd. Pengalaman dorang dah pernah buat SMART Tunnel dengan gunakan Tunnel Boring Machine (TBM). 

Kerajaan ambilalih stake Gamuda melalui GLIC sebab nak pertingkatkan infrastruktur. Tiba-tiba datang kerajaan baru ni, dorang pegi tukar suka hati contract MRT2. Daripada conventional contract tukar kepada turnkey contract

Turnkey contract - client/kerajaan bagi kuasa penuh kepada Gamuda MMC untuk design, construct, pilih subcontractor projek MRT2. Kelebihannya, projek akan jadi cepat sebab semua bergantung pada Gamuda MMC. 

Lepas tu, finance minister terhebat Malaysia ni buat retendering 'open tender' untuk projek underground MRT2. Padahal syarikat tu dah beli TBM untuk buat tunneling dan buat kursus tiga tahun untuk latih pekerja selama 3 tahun dalam tunneling,structure dan railways. 

Sekali lagi pasal open tender ni. Walaupun dah 2018, kat Malaysia ni boleh kira pakai jari jek company yang mahir buat tunneling guna TBM ni. Gamuda tu siap ada pakar dari Malaysia sendiri untuk tunnelling. Sebab itu, penting negotiated tender.


Be realistic lah finance minister dan cai PH. Buat open tender nak select company YTL atau T7 ker?

P/s respect kat pentaksub. Teguh betul di bawah dewa dorang.

-Khaled Nordin 

Subscribe to receive free email updates: