Jual Menara Felcra, Kerajaan PH tak boleh lepas tangan kabarmalay3.blogspot.com


Dilaporkan bahawa FELCRA berhasrat menjual projek Menara Felcra yang sudah 50 peratus siap. 

Projek ini yang terletak di lokasi strategik di Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak) berdekatan dengan KLCC adalah pembangunan bercampur termasuk sebuah menara pejabat 35 tingkat, sebuah menara kediaman 43 tingkat dan pusat konvensyen antarabangsa yang kesemuanya meraih nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.1 bilion apabila siap tahun depan.

Menara FELCRA ini dilancarkan oleh saya pada tahun 2015 sebagai mercu kejayaan dan kebanggaan FELCRA serta mampu menjana serta memberi keuntunggan dan pulangan fiskal kepada FELCRA setiap tahun.

Menara kediaman 43 tingkat itu yang dikenali sebagai Semarak 20 Residency sudah mencapai 50% penjualan sejak awal tahun ini dengan harga penjualan yang lebih rendah berbanding projek pembangunan di lokasi itu.

Jumlah pelaburan FELCRA untuk projek ini ialah RM550 juta dan mereka bakal mendapat keuntungan RM550 juta apabila projek siap pada tahun depan.

Agak mengecewakan apabila pengerusi FELCRA berkata mereka terpaksa menjual projek itu bagi mendapatkan balik modal dalam memastikan aliran tunai yang sihat ekoran ekspot dan harga minyak sawit yang rendah hari ini kerana kerajaan tidak lagi membiayai FELCRA. 

Oleh itu, FELCRA sedang berunding dengan beberapa pihak pembeli dari dalam dan luar negara bagi merealisasikan penjualan projek ini.

Mungkin kerajaan PH boleh pertimbangkan semula untuk membantu FELCRA supaya mereka ada peluang untuk meraih keuntungan berpanjangan dari aset berpotensi ini dan bukan setakat mendapat balik modal mereka sahaja?

- Najib Razak 

Subscribe to receive free email updates: