(DAH MULA GERAKAN?) AMK seru Kosongkan kerusi untuk Anwar kabarmalay3.blogspot.com

BUKIT MERTAJAM - AMK Permatang Pauh menyeru mana-mana ahli Parlimen parti itu mengosongkan kerusi mereka bagi memberi laluan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat. 

Naib Ketuanya, Haidhar Auni Dzolkapli berkata, sudah pasti rakyat di negara ini tidak sabar melihat bekas timbalan perdana menteri itu kembali berkhidmat untuk rakyat berikutan pengaruh, pengalaman dan pengetahuannya yang luas dalam urus tadbir negara.

Malah menurutnya, negara memerlukan gandingan mantap antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar dalam pembentukan Malaysia baharu.

“Atas semangat Malaysia baharu, Anwar perlu segera masuk bertanding kerana rakyat tidak sabar untuk melihat beliau kembali ke Dewan Rakyat,” katanya.

Haidhar berkata, pihaknya juga bangga dengan kejayaan Anwar yang berjaya menjadi jambatan antara Putrajaya dan Istana Negara seterusnya merungkaikan konflik pelantikan Peguam Negara.

Katanya, walaupun Anwar bukan seorang ahli Parlimen, tetapi tidak dapat dinafikan beliau merupakan seorang rakyat Malaysia yang berpengaruh.

Subscribe to receive free email updates: