Parti GERAKAN:BN perlu USIR UMNO kabarmalay3.blogspot.com


Parti komponen BN perlu mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk memutuskan sama ada perlu mengusir Umno berbanding bertindak keluar daripada gabungan itu, kata ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong.
Beliau menegaskan setiap presiden parti komponen dalam BN memiliki kuasa berkaitan proses membuat keputusan tertinggi dalam gabungan itu.
"Kita perlu memahami bahawa BN bukan milik Umno tetapi parti komponen.
"Ia adalah satu kesilapan untuk membolehkan Umno menguasai kebanyakan jawatan tertinggi BN pada masa lalu seperti timbalan pengerusi, setiausaha agung, dan bendahari," katanya dalam satu kenyataan.

Subscribe to receive free email updates: