UPKO Keluar BN, Bentuk Kerajaan Campuran Dengan WARISAN Di Sabah kabarmalay3.blogspot.com


KOTA KINABALU:  UPKO hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan campuran dengan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pemangku Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) UPKO yang diadakan hari ini.

MT UPKO sebulat suara bersetuju untuk keluar daripada BN dan membentuk kerajaan campuran dengan Warisan, katanya pada sidang media singkat, di sini.

Sejurus selepas pengumuman itu Tangau bergegas meninggalkan sidang media, difahamkan menuju ke Istana Negeri untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Pagi tadi, Tangau dilaporkan telah menemui Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di kediamannya di sini. #sumber

Subscribe to receive free email updates: